Apa Kaitan Converse dan Chuck Taylor?

Pengasas sebenar Converse

Chuck Taylors merupakan satu nama yang sangat sinonim dengan jenama kasut Converse. Tahukah anda siapa sebenarnya Chuck Taylors? Rata-rata daripada anda mungkin merasakan beliau merupakan pengasas kepada jenama Converse. Jika ini tekaan anda, maka anda tersilap.

Pengasas kepada jenama Converse adalah Marquis Mills Converse, seorang pembuat kasut getah. Beliau menubuhkan jenama ini pada tahun 1908. Rekaan kasut Converse All-Star yang mempunyai logo bintang pada kasut dengan menggunakan fabrik canvas lembut pada bahagian atasan kasut membantu mengurangkan masalah melecet dan menjadi kasut pertama yang dihasilkan dalam kuantiti yang besar untuk kegunaan pemain bola keranjang di Amerika Syarikat.

Marquis Mills Converse

Charles ‘Chuck’ Taylor

Pemain bola keranjang semi-profesional, Charles ‘Chuck’ Taylor pada asalnya merupakan seorang penjual kasut-kasut Converse dalam era 1921. Beliau telah membantu menambahbaik rekaan kasut dengan memperkenalkan 2 lubang pengudaraan yang dikenali sebagai ‘eyelet’ pada sisi kasut Converse. Beliau juga bertindak sebagai pemain dan jurulatih kepada pasukan yang diberi nama Converse All-Star kerana pada ketika itu pasukan tersebut di taja oleh syarikat Converse.

Charles “Chuck” Taylor

Setahun kemudian, tandatangan beliau telah diletakkan pada rekaan patch logo ikonik Converse dan ini merekodkan beliau sebagai atlet pertama di dunia yang mendapat pengesahan daripada jenama pengeluar kasut.

Kasut rasmi pasukan Olimpik Amerika Syarikat

Converse juga telah dipilih sebagai kasut rasmi bagi pasukan Olimpik Amerika Syarikat pada tahun 1936. Maka terhasilah rekaan kasut Converse klasik yang berwarna putih dengan garisan patriotik biru merah pada bahagian sisi tapak getah kasut.

Kasut pilihan para atlet NBA

Sebelum Nike muncul, kasut Converse menjadi kasut pilihan bagi kejohanan bola keranjang NBA. Pada era 60-an, 80% daripada pasaran jualan dan 90% daripada pemain bola keranjang NBA memakai kasut Converse All- Stars dan antaranya adalah pemain lagenda Wilt Chamberlain. Walaubagaimanapun, disebabkan oleh kekurangan inovasi dalam rekaan kasut, populariti Converse semakin merudum di dalam gelanggang bola keranjang ditambah pula dengan kemunculan jenama Nike yang mula mendominasi pasaran kasut bola keranjang.

Wilt Chamberlain

Pasang surut Converse

Sungguh pun rekaan kasut Converse merupakan rekaan malar hijau yang tak lapuk di telan zaman apabila menjadi pilihan para artis seperti Curt Cobain yang mempopularkan muzik grunge bersama kumpulan Nirvana pada era 90an, Converse juga menghadapi tahun-tahun kesukaran untuk mencapai momentum di dalam pasaran sukan. Pada tahun 2003, Nike telah membeli Converse. Kini, dengan adanya kolaborasi dengan jenama fesyen seperti Comme des Garcons, J.W Anderson dan sebagainya, jenama Converse mula menjadi sebutan di kalangan sneakerhead.

Anda merupakan peminat jenama Converse? Ada fakta yang tidak kami kongsikan di sini yang anda ingin kongsikan? Tuliskan di ruangan komen di bawah.

Jom ketahui 5 Fakta Jenama Vans yang tidak ramai ketahui.

Sila klik sini

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *