5 Fakta Vans Yang Ramai Tak Ketahui

Fakta #1: The Van Doren Rubber Company

Vans bermula dengan nama Van Doren Rubber Company di Aneheim California. Mereka pakar dalam menghasilkan kasut kanvas dengan tapak getah yang mencengkam. Nama Vans mula menjadi sebutan ramai apabila kebanyakan orang akan menyebut, “Let’s head over to Van’s and grab shoes.” (“Mari ke kedai Van dan dapatkan kasut-kasut.”) Daripada sebutan inilah, nama Vans digunakan sebagai jenama kasut buatan Van Doren Rubber Company.

Fakta #2: Model kasut Vans menggunakan nombor

Model kasut pertama keluaran Vans tidak diberi nama. Hanya diklasifikasikan dengan nombor. Kasut pertama Vans di beri kod #44 dan dikenali dengan model Authentic pada hari ini. Kemudia model #95 dikeluarkan dan kini dikenali sebagai Era diikuti oleh #36 yang dinamakan sebagai model Slip On.

Fakta #3: Era model pertama yang dihasilkan untuk skateboarding oleh skateboarders.

Kasut Vans pada asalnya bukanlah diciptakan untuk sukan skateboarding. Para skateboarders mula menggunakan kasut Vans ketika sukan ini mula berkembang di Selatan California. Skateboarders terawal yang menggunakan kasut Vans adalah Tony Alva dan Stacey Peralta. Mereka memakai kasut #44 (Authentic) dengan melakukan penambahan padding pada bahagian kolar kasut dan melakukan beberapa perubahan pada ciri model #95 yang kini dikenali sebagai Era. Ini menjadikan Era sebagai kasut skate pertama yang direka sepenuhnya oleh skateboarders!

Fakta #4: Asal-usul tagline “Off The Wall”

Anda biasa lihat kan pada rekaan vans, ada tertulis tagline “Off The Wall”. Pada musim panas tahun 1975, para skateboarder menjadikan kolam renang yang telah dibuang airnya sebagai tempat untuk meluncur. Apabila mereka melakukan beberapa trick yang kelihatan seperti melawan anti gravity, maka di situlah bermulanya penggunaan tagline “Off The Wall”.

Fakta #5: Kolaborasi bersama Supreme

Supreme memang terkenal dengan projek kolaborasi. Pada tahun 1996, Supreme baru 2 tahun ditubuhkan dan mereka mendapat persetujuan daripada Vans untuk projek kolaborasi. Mereka bersepakat untuk menghasilkan Supreme ‘Old School’ dan projek ini telah diketuai oleh pereka Brendon Babenzien (pengasas jenama NOAH). Kasut Supreme Old Skool dihasilkan di USA dan mempunyai label Supreme pada bahagian sisi, atas jalur signature Vans.

Anda merupakan peminat jenama Converse? Ada fakta yang tidak kami kongsikan di sini yang anda ingin kongsikan? Tuliskan di ruangan komen di bawah. Jom kongsikan artikel ini di media sosial anda.

Jom ketahui kisah logo Nike yang dicipta dengan harga $35:

Sila klik sini

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *