Pencipta logo Nike dibayar $35

Apabila Bill Bowerman dan Phil Knight menubuhkan syarikat Blue Ribbon Sports, mereka menjadi pengedar tunggal kasut Onitsuka Tiger di Amerika Syarikat. Knight masih berkerja di Universiti Portland State – zaman di mana beliau mengajar subjek perakaunan dalam masa yang sama menghadapi kesukaran berhadapan pihak bank dan syarikat beliau.

Pada suatu ketika, beliau terdengar perbualan seorang pelajar jurusan rekaan grafik; Carolyn Davidson. Carolyn menghadapi masalah dalam membayar yuran jurusan beliau. Disebabkan itu, Knight menawarkan Carolyn jawatan sebagai pelukis carta dan graf untuk eksekutif Jepun sebagai pertukaran kepada penghantaran stok kasut.

Saya tertanya-tanya siapakah dia dan bagaimana dia tahu tentang saya, kemudian dia memperkenalkan diri dengan mengatakan bahawa beliau adalah Phil Knight, pengajar subjek perakaunan.

– Carolyn Davidson

Ketika syarikat BRS telah berkembang, Bowerman dan Knight bercadang untuk menubuhkan jenama mereka sendiri bagi produk rangkaian kasut sukan yang telah dicipta oleh Bowerman dengan menggunakan tapak getah yang dihasilkan melalui mesin waffle isteri beliau. Pada awal tahun 1970, Carolyn telah menghasilkan poster dan brosur bagi jenama mereka – NIKE. Nama Nike di ambil daripada perkataan Greek yang memberi maksud Dewi Kejayaan.

Pada awal lagi, Knight ingin bersaing dengan jenama Adidas yang pada ketika itu telah berada di kemuncak. Apabila beliau mengarahkan Carolyn untuk mencipta logo Nike, beliau mahukan logo yang seakan “jalur” Adidas. Apabila Carolyn menunjukkan beberapa contoh kepada Knight, beliau tidak menyukainya tetapi logo yang menyerupai tanda ‘tick’ mendapat perhatian beliau.

“Saya tidak menyukainya tetapi saya yakin ia akan memberi makna kepada saya.”

– Phil Knight

Logo Nike memberi bayangan seperti apa yang Knight mahukan. Simbol kepada lengkungan trek larian dan Nampak seakan-akan kaki pelari yang tengah berlari. Carolyn menghasilkan logo itu di atas sehelai tisu dan meletakkan logo itu pada lakaran kasut.

Ada sumber mengatakan bahawa Carolyn menghabiskan masa menghabiskan masa selama 17.5 jam untuk menghasilkan logo itu. Disebabkan kesuntukan masa kerana pihak kilang sudah mula ingin mencetak logo itu, lakaran asal logo Nike tidak dapat diubah dan terus diambil untuk proses produksi.

Carolyn dibayar sebanyak $35 bagi penciptaan logo Nike dengan kadar $2 sejam bagi tempoh masa yang beliau ambil untuk menghasilkan logo. Beberapa tahun kemudian, setelah Nike menjadi sebuah jenama terkemuka dunia, Nike menghadiahkan Carolyn pegangan saham dalam syarikat Nike dan sebentuk cincin berlogokan Nike dengan bertahtakan sebutir berlian sebagai tanda penghargaan kepada beliau yang menghasilkan logo ikonik.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *