C.P Company – Pelopor Jaket Goggle

Sejarah C.P Company

Tidak ramai dikalangan kita yang mengenali jenama pakaian C.P Company. Jenama yang telah berusia 45 tahun ini sangat dikenali diperingkat antarabang melalui inovasi fabrik yang menggabungkan unsur seragam militari dengan pakaian sukan.

Ditubuhkan pada di Itali tahun 1971 oleh pengasas yang bernama Massimo Osti, jenama ini pada asalnya dikenali sebagai Chester Perry. Nama yang diambil daripada nama kilang dalam kartun lukisan Frank Dickens. Walaubagaimana pun, disebabkan oleh tindakan undang-undang yang telah diambil oleh Fred Perry dan Chester Barry, nama Chester Perry telah ditukar kepada C.P Company.

Peneraju teknik pasca pewarnaan fabrik

Osti dianggap sebagai salah seorang peneraju kepada pewarnaan fabrik (garment dying) di peringkat industri. Secara konvensional, fabrik akan melalui proses pra-pencelupan warna sebelum dijahit. C.P Company pula melakukan sebaliknya di mana pakaian yang telah siap dijahit dicelup dalam pewarna dan proses ini menghasilkan tekstur yang kaya dan penuh dengan unsur kromatik. C.P Company telah menjadi satu-satunya syarikat fesyen yang mempunyai fasiliti penyelidikan tekstil dengan salah seorang daripada pekerjanya dilantik sebagai ahli kimia yang ditugaskan untuk melakukan rawatan pakaian di dalam makmal penyelidikan mereka.

Kelahiran Goggle Jacket

Osti menjadi semakin teruja dengan kepelbagaian fungsi pakaian militari. Menurut anaknya, Osti menggemari setiap elemen pakaian yang mempunyai fungsi tersendiri. Melalui koleksi vintaj yang dimiliki, beliau telah menemui satu pakaian ‘Japanese Civil Defence’ hood dengan lensa yang dijahit pada bahagian leher. Sumber inspirasi ini digabungkan dengan sturuktur rekaan jaket tentera Swiss 1950-an dan jaket yang direka untuk perlumbaan Mille Miglia dalam tahun 1988, maka terhasilah satu rekaan ikonik yang di beri nama Goggle Jacket.

Jenama ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada golongan muda dalam era aktivis revolusi di United Kingdom. Apa yang menariknya dengan Massimo Osti ni, beliau juga merupakan pengasas kepada jenama yang lebih dikenali di Malaysia iaitu Stone Island.

Setakat ini, kami tidak pernah lagi lihat secara fizikal Goggle Jacket ikonik keluaran C.P Company ini. Apa yang pasti, harganya pasti mahal kerana teknologi yang digunakan dalam penghasilan jaket ini adalah pada taraf industry antarabangsa.

Anda mempunyai Goggle Jacket? Ada fakta yang tidak kami kongsikan di sini yang anda ingin kongsikan? Tuliskan di ruangan komen di bawah.

Jom ketahui apa kaitan antara Converse dan Chuck Taylor:

Sila klik sini

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *