Been Trill – Jenama Cetusan Gabungan Pereka Fesyen Streetwear Terkenal

Kalau anda familiar dengan lirik lagu ‘Go Do That’ nyanyian Sonaone bersama Akim Jahat dan Joe Flizzow, mesti anda pernah dengar lirik versi Joe Flizzow:

“Diaorang pakai Been Trill Tapi semua takde skill Brah”

Idea cetusan gabungan pereka fesyen terhebat

Tahukah anda, Been Trill merupakan jenama streetwear khusus untuk golongan lelaki yang dicetuskan oleh DONDA alumni iaitu: Matthew Williams, Virgil Abloh, Heron Preston, Justin Saunders, and YWP. Sudah pasti anda pernah mendengar nama-nama besar ini kerana mereka juga telah menubuhkan jenama pakaian sendiri yang menggabungkan seni dan fesyen seperti jenama Off White dan Heron Preston misalnya. Ada di antara mereka juga yang pernah menjadi pengarah kreatif kepada Lady Gaga dan Kanye West dan pengarah kreatif bagi jenama mewah Louis Vuitton.

Sejarah terciptanya Been Trill

Pada asalnya, jenama ini adalah sebagai suka-suka bagi mereka berempat memandangkan mereka sering kali menganjurkan gig kecil apabila bertemu.

Jenama ini meraih kesetiaan peminat menerusi laman Tumblr di mana mereka berkongsi variasi mixtapes, video muzik dan imej yang memaparkan perkataan ‘BEEN TRILL’. Dalam kata lain, menurut mereka, Been Trill merupakan seni kolektif dan kru DJ di mana imej dan bunyi merujuk kepada budaya belia. Tambahan lagi, perkataan “Been” merujuk kepada sesuatu yang telah lama berlaku dan “Trill” boleh di istilahkan sebagai “true” and “real”. Inspirasi nama Been Trill tercetus daripada seorang rapper yang bernama Bun B di mana beliau kerap menggunakan frasa ini.

Jenama ini tidak begitu dikenali ramai kecuali kepada para fanatik fesyen streetwear. Ini  kerana jenama Been Trill lebih kepada projek kolaborasi antara pereka fesyen berempat yang kami nyatakan di atas. Semua produk yang dihasilkan adalah untuk dipakai oleh mereka dan diberi kepada para kenalan terdekat sahaja.

Anda merupakan peminat jenama Been Trill? Ada fakta yang tidak kami kongsikan di sini yang anda ingin kongsikan? Tuliskan di ruangan komen di bawah. Jom kongsikan artikel ini di media sosial anda.

Pernahkah anda terdengar sejarah tentang jenama C.P Company dan produk ikonik Goggle Jacket mereka?

Sila klik sini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *