Evisu Jeans: Jenama jelmaan Levi’s

Jenama Evisu telah diasaskan pada tahun 1991 oleh Hidehiko Yamane. Beliau pernah bekerja di kedai Lapine, Osaka. Kedai ini mengimport denim Levi’s dan memperkenalkan jenama terkenal denim Jepun pada ketika itu iaitu Studio D’Artisan. Jenama ini menggunakan bahan berkualiti jeans vintaj dan sumber inspirasi daripada signatur Levi’s.

Mengambil inspirasi daripada Studio D’Artisan, Yamane melihat peluang untuk membina jenama denim yang mempunyai personaliti tersendiri. Hasilnya, beliau menubuhkan jenama Evis, nama yang diinspirasikan daripada sebutan Levi’s dan perkataan Jepun ‘ebisu’ yang bermaksud dewa nelayan dan nasib baik. Apabila jenama ini semakin kukuh, mereka menambah huruf “U” pada perkataan Evis setelah mendapat tentangan daripada Levi’s berkaitan persamaan ejaan dan sebutan. Imej yang digunakan oleh Evisu pada bahagian tab di atas poket jeans merupakan imej kepada dewa ebisu.

Tidak dapat dipastikan maksud di sebalik lukisan lengkungan pada bahagian belakang seluar jeans Evisu tetapi menurut pendapat sesetengah pihak, Yamane mendapat inspirasi daripada lengkungan jahitan pada poket jeans Levi’s 501 1944. Pada awal, Yamane telah mengecat lengkungan pada poket belakang jeans.

Sayangnya, jenama Evisu jeans ini semakin pudar dikalangan peminat-peminat jeans tempatan. Jika ada yang asli sekali pun, agak sukar untuk di dapati. Tetapi jika anda ingin mencari yang tiruan, kebanyakan Evisu jeans ini boleh didapati di uptown.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *